Thursday, 1 September 2011

ZIARAH MAHABBAH ( Mangsa kebakaran & Keluarga Syuhada' )

Alhamdulillah......penulis dan kawan-kawan ALUMNI Sek. Men ( A ) Taufikiah telah diberi peluang oleh ALLAH S.W.T untuk mencari semula keluarga mangsa 27 Syuhada Kebakaran Pondok Pak Ya 22 Sept. 1989 yang telah terputus hubungan lebih 22 tahun lamanya. Peluang yang diberikan oleh ALLAH ini suatu pengalaman yang sungguh berharga dalam kehidupan penulis dan kawan-kawan.

Bergambar kenangan dengan kak maznah


 Bersama ayah arwah kak kamsiah

 Adik2 junior bersama kak maznah

 rindu seorang ayah

 Bersama ibu arwah kak kamsiah











Ketika kejadian penulis baru berusia 2 tahun dan masih belum menerti apa2 lagi, bila masuk ke  Pondok Pakya penulis diceritakan tentang kejadian tersebut, dihati ketika itu amat sangat untuk mengkaji tentang peristiwa tersebut dan hari ini Alhamdulillah.

Perjalanan menziarahi mangsa kebakaran dan keluarga mangsa yang meninggal memberikan kenangan dan pengalaman yang tidak terhingga besarnya. Tautan ukhwah yang terjalin terasa bagaikan sudah lama terpupuk walaupun ada setengah pihak waris yang menitiskan air mata apabila menerima kunjungan kami namun segala gerak kerja  berjalan dengan baik Alhamdulillah.

2 comments:

  1. salam..saya drp tv3,sy sedang buat research tentang peristiwa pondok pak ya.Boleh tak saya dapatkan maklumat untuk hubungi encik?

    ReplyDelete
  2. Salam, saya adalah sepupu kepada arwah Kamsah (Kamsiah), sangat sedih bila dokumentari itu disiarkan kerana kami sangat rapat..

    ReplyDelete