Masih ingatkah kita ?
Peristiwa kebakaran yang pernah menggemparkan negara kita pada suatu ketika dulu, tragedi yang meragut nyawa 27 orang pelajar puteri di Sek. Men (A) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah. Kebakaran yang berlaku pada malam 22 September 1989 ini mungkin ada di antara kita yang masih ingat dan ada juga yg masih belum lahir lagi ke dunia ini.
Kehadiran orang ramai ke tempat kebakaran walau dalam keadaan hujan
\
Suasana pilu...mengutip sisa-sisa tulang dan isi mangsa
Peristiwa yang kini hanya tinggal memori di hati ibubapa yang kehilangan puteri mereka, teman yang kehilangan kawan mereka serta guru-guru yang kehilangan anak murid tercinta mereka masih lagi termimpi-mimpi suara manja mereka ketika bergurau senda juga ketika mana suara mereka merintih meminta pertolongan di dalam jilatan api yang mengganas membakar tubuh mereka.
Suasana di tapak kebakaran
Suasana pilu di tapak kebakaran
Ya ALLAH bagaimanakah keadaan mereka ketika itu, hanya ALLAH sahaja yang mengetahui keadaan dan kepedihan yang mereka alami. Namun bagaimanakah mereka kini, mungkin sedang menikmati istirehat yang aman dan damai di perhentian barzakh Insyaallah.
Maksud sabda Nabi S.A.W :
Kubur itu boleh sahaja menjadi salah satu dari taman-taman syurga atau salah satu dari lubang-lubang neraka.
Serpihan anggota badan mangsa...ALLAHUAKBAR
Serpihan anggota badan mangsa....ALLAHUAKBAR
Oleh itu pihak pentadbiran sekolah dengan kerjasama barisan ALUMNI telah merancang satu majlis untuk memperingati peristiwa besar ini sekaligus menceritakan kembali kepada masyarakt keadaan yang berlaku pada ketika itu semoga ianya menjadi ikhtibar buat kita semua.
Maksud sabda Nabi S.A.W :Barangsiapa yang keluar untuk mempelajari ilmu ALLAH ( terutama mengenai syariatnya) maka dia berada di atas jalan ALLAH sehingga dia pulang.
Ayuh bersama kita menghadirkan diri ke ''MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI KEBAKARAN PONDOK PAKYA 22 SEPT. 1989''
Pada : 22 Sept. 2011 ( Khamis )
Tempat : Sek. Men. (A) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah
Acara : Konvoi ALUMNI ke makam syuhada
: Pengisahan semula tragedi
: Tahlil Perdana
: Tayangan , persembahan pentoman, sajak, nasyid
: Ceramah pengisahan semula peristiwa
Keterangan lanjut hubungi :
- Ust. Nizam ( 019 5586401 )
- Muhammad Fikri ( 013 5893046 )