Thursday, 8 September 2011

Tragedi yang tetap Di Ingati

Kak Maznah
( Mengalami kecederaan serius akibat daripada 46% tubuh badannya melecur akibat terbakar )

* saya cuba menyelamatkan kawan2 saya ketika itu....salah seorangnya Nurul Uyun.... tapi beliau
sudah tidak sedarkan diri.....




Kak Syazlina
( Terbakar di tapak kaki dan tangan...serta melecur di beberapa anggota lain )

* Saya bergelut dalam kepananasan api yang membahang dalam 15 minit sebelum berjaya keluar 
dalam kawasan kebakaran.

Salah satu kesan yang sehingga kini masih ada

Kak Syazlina ketika di hospital

Thursday, 1 September 2011

ZIARAH MAHABBAH ( Mangsa kebakaran & Keluarga Syuhada' )

Alhamdulillah......penulis dan kawan-kawan ALUMNI Sek. Men ( A ) Taufikiah telah diberi peluang oleh ALLAH S.W.T untuk mencari semula keluarga mangsa 27 Syuhada Kebakaran Pondok Pak Ya 22 Sept. 1989 yang telah terputus hubungan lebih 22 tahun lamanya. Peluang yang diberikan oleh ALLAH ini suatu pengalaman yang sungguh berharga dalam kehidupan penulis dan kawan-kawan.

Bergambar kenangan dengan kak maznah


 Bersama ayah arwah kak kamsiah

 Adik2 junior bersama kak maznah

 rindu seorang ayah

 Bersama ibu arwah kak kamsiah











Ketika kejadian penulis baru berusia 2 tahun dan masih belum menerti apa2 lagi, bila masuk ke  Pondok Pakya penulis diceritakan tentang kejadian tersebut, dihati ketika itu amat sangat untuk mengkaji tentang peristiwa tersebut dan hari ini Alhamdulillah.

Perjalanan menziarahi mangsa kebakaran dan keluarga mangsa yang meninggal memberikan kenangan dan pengalaman yang tidak terhingga besarnya. Tautan ukhwah yang terjalin terasa bagaikan sudah lama terpupuk walaupun ada setengah pihak waris yang menitiskan air mata apabila menerima kunjungan kami namun segala gerak kerja  berjalan dengan baik Alhamdulillah.

MAJLIS MEMPERINGATI 27 SYUHADA

Masih ingatkah kita ?

Peristiwa kebakaran yang pernah menggemparkan negara kita pada suatu ketika dulu, tragedi yang meragut nyawa 27 orang pelajar puteri di Sek. Men (A) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah. Kebakaran yang berlaku pada malam 22 September 1989 ini mungkin ada  di antara kita yang masih ingat dan ada juga yg masih belum lahir lagi ke dunia ini.

Kehadiran orang ramai ke tempat kebakaran walau dalam keadaan hujan

\
Suasana pilu...mengutip sisa-sisa tulang dan isi mangsa

Peristiwa yang kini hanya tinggal memori di hati ibubapa yang kehilangan puteri mereka, teman yang kehilangan kawan mereka serta guru-guru yang kehilangan anak murid tercinta mereka masih lagi termimpi-mimpi suara manja mereka ketika bergurau senda juga ketika mana suara mereka merintih meminta pertolongan di dalam jilatan api yang mengganas membakar tubuh mereka.

Suasana di tapak kebakaran

Suasana pilu di tapak kebakaran

Ya ALLAH bagaimanakah keadaan mereka ketika itu, hanya ALLAH sahaja yang mengetahui keadaan dan kepedihan yang mereka alami. Namun bagaimanakah mereka kini, mungkin sedang menikmati istirehat yang aman dan damai di perhentian barzakh Insyaallah.

Maksud sabda Nabi S.A.W :
Kubur itu boleh sahaja menjadi salah satu dari taman-taman syurga atau salah satu dari lubang-lubang neraka.

Serpihan anggota badan mangsa...ALLAHUAKBAR

Serpihan anggota badan mangsa....ALLAHUAKBAR
Oleh itu pihak pentadbiran sekolah dengan kerjasama barisan ALUMNI telah merancang satu majlis untuk memperingati peristiwa besar ini sekaligus menceritakan kembali kepada masyarakt keadaan yang berlaku pada ketika itu semoga ianya menjadi ikhtibar buat kita semua.

Maksud sabda Nabi S.A.W :Barangsiapa yang keluar untuk mempelajari ilmu ALLAH ( terutama mengenai syariatnya) maka dia berada di atas jalan ALLAH sehingga dia pulang.

 
Ayuh bersama kita menghadirkan diri ke ''MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI KEBAKARAN PONDOK PAKYA 22 SEPT. 1989''

Pada      : 22 Sept. 2011 ( Khamis )
Tempat  : Sek. Men. (A) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah
Acara    : Konvoi ALUMNI ke makam syuhada
             : Pengisahan semula tragedi
             : Tahlil Perdana
             : Tayangan , persembahan pentoman, sajak, nasyid
             : Ceramah pengisahan semula peristiwa
Keterangan lanjut hubungi :
- Ust. Nizam ( 019 5586401 )
- Muhammad Fikri ( 013 5893046 )